Saturday, January 7, 2012

FULL OF SADNESS :'(

Assalamualaikum....

Entry kali nie aku mau share dengan korang pasal perasaan sedih aku yang teramat sangat :'(
tarikh 7/1/2012 pada jam 2 petang aku terima mesej daripada beliau lelaki aku yang nenek haji aku di tawau meninggal dunia sudah :'( Masa tu aku dalam class multimedia , aku baca jak text tu tangan aku mengigil , hati aku berdebar dengan lajunya bila dapat tau nenek aku meninggalkan kami semua kerahmatullah sebab sakit tenat. Aku terpaksa tunggu class habs baru aku dapat call keluarga aku yg berada di tawau utk menyiapkan pekebumian allahyarham nenek aku. Done class aku , aku cepat-2 call mak tanya macam mana boleh meninggal ? Then mak aku pun cerita yang memang nazak sudah , last baca yassin utk nenek aku ialah adik aku fazrina yg paling kecil . Mak kata adik namau baca yassin tapi bila mak pujuk baru adik mau baca tapi tak sampai habis pun adik baca yassin allahyarham sudah pun menghembuskan nafas yang terakhirnya. Yaallah , semua menangis tapi adik aku tidak juga berhenti baca yassin. :'( Aku dengar pun terus menangis , air mata jatuh dengan deras tak dpt lagi aku tahan :'( Mak kata kirimkan saja al-fatihah dan baca yassin utk nenek sebab itu jak yg aku mampu lakukan.. Hati aku sedih sangat sebab aku langsung tak jumpa dia , bila mau jumpa ada saja halangan . Ntah kenapa masa cuti sem aku mau betul jumpa dia tapi tak kesampaian. Mungkin ini petanda dia akan pergi selamanya :'( Yaallah semoga eng-KAU rahmati roh nya di atas sana .
Al-Fatihah... Aminn.. :')

Wednesday, January 4, 2012

1.1.2012 : )

ASSALAMUALAIKUM : )

Ceritera 1.1.2012 : ) , tentang apa ? dimana ? Walaupun dah lewat untuk aku bercerita tapi takpa la kan , atleast ada juga story yang aku nak share ! hehehe xD okay entry kali nie pasal celebrate besday boy yang kedua di MCD api-api , kota kinabalu , sabah ! bangas sudah besday dia baru sambut bagi kek ! HAHA ! tapi takpa , janji semua gembira : ) Yang pergi pun dalam 6 orang sejaa iaitu aku , my ELMO , kakak fifi sama boy dia , fifi dan ewan : ) sambut secara sedang-2 saja . Cerita pasal kek , kek yang aku bagi dia ialah kek BLACKFOREST : ) nyum-3 ! sedap ouh ! banyak sangat sampai bawa balik rumah ! hahaha :D aishh , all day spendtime with him ! aww~ rindu eh ! :') btw aku ada serta kan gambar sekali . Boleh tengok dekat bawah nie! I LOVE YOU SO MUCH ! MOHD FIKRI BIN TASSAKA !  <3 : )

First celebrate ! : )

Second celebrate ! : )

Cake Blackforest ! <3

Monday, December 19, 2011

SEMESTER 2 :) BUKU BARU !

Assalamualaikum sekali lagi : )

Hey kali nie entry pasal SEMESTER 2 , BUKU BARU ! hoho ! Semester 1 dah berlalu dan sekarang masa untuk semester kedua sudah :) hehehe . Pada 19/12/2011 hari isnin mula lah semua student takut gara-2 RESULT FINAL EXAM keluar !!! semua pressure woo ! alhamdulillah aku LULUS ! yeyy ! tapi matcam mau menangis ouhh :( then lepas tgk result , giliran utk mendaftar subjek . Sem 2 nie aku amik 6 subjek -.- class dari hari selasa-sabtu ouhh ! tekanan makin menghampiri !!! HAHA ! its okay , aku kena chill kali nie babe ! okay ndapa ! mula buka buku baru :) btw ramai Freshie !! haha handsome-2 chantek-2 : ) cuci-2 mata bha semua :D Lelaki lah semua tinggi-2 , tinggi daripada syafwan ! HAHA ! kalau perempuan kebanyakkan muka macam nerd -.- well masih baru kan memang laa . same like me :D teringat pulak masa time mula-2 masuk MMC SABAH ! lucu nie ! hahaha xD btw buka buku baru untuk semester 2 kali nie ! 

NEW BOOK NEW STORY :)

Sunday, December 18, 2011

Penyesalan :'(

Assalamualaikum para blogger : )

Okay entry kali nie tentang PENYESALAN ! penyesalan kerana aku terlalu melukai hati orang yang aku sayang sampai buat dia kecewa sangat dengan aku :'( semenjak nie hubungan kami tidak macam dulu yang bergelak ketawa dan selalu bercontect tapi sekarang jarang sudah :( semua nya jadi dingin saja ! susah bagi aku kalau tidak dengar suara dia , kalau aku mau tidur mesti mo dengar dia tidur dulu baru aku dapat tidur tapi semua nya tu takda sudah :'( now aku try tutup mata aku sampai aku dapat tidur. sedih la pulak :'( terasa kehilangan sangat ! okay aku banyak lukakan hati dia , teramat sangat dan aku akui aku memang salah :'( lagi berapa hari birthday dia for 23 years old , tapi aku taktau aku mampu buat hari itu hari bahagia sebab dia namau datang gara-2 aku juga yang buat dia kecewa :'( what should i do ? aku mau buktikan pada dia kali nie aku tidak seperti yang dia cakapkan tapi kalau dia namau datang aku tetap dengan keputusan aku yang aku akan teruskan sambut birthday dia walaupun sendiri-2 sampai dia datang ! tak kisah la kalau perkara nie terserlah kebodohan aku tapi ini niat aku yang ikhlas mau sambut. Yaallah kau tolonglah hambamu ini , tabahkan lah hatinya untuk hadapi dugaan ini :'( hmm..kalau dia tak datang? aku tetap tunggu walaupun kena bermalam , tiada kata halangan utk aku tidak teruskan sekali pun aku sakit :'( aku tau selama kami bersama dia tak pernah bahagia dengan aku pun . okay utk kali keduanya aku kena blame lagi ! sangat sakit rasanya dan kecewa teramat ! :'( mlm-2 nie tak dapat tidur sebab rindukan dia sangat so luahkan jak la dekat blog nie. K salam ~

maafkan aku sayang kerana tidak cukup sempurna buat mu :'(

Tuesday, December 6, 2011

What should I do ? :/

assalamualaikum para pembaca : )


Entry kali nie aku nak cerita la kan pasal ulang tahun pujaan hati aku : ) tapi dengan ayat aku yang WHAT SHOULD I DO ? :/ nie lah aku taktau mau buat apa ow ? ntah la susah nie aku mau pikir ? Hmm yang terutama sekali pasal hadiah -.- pening kepala aku mau bagi dia apa ? --' first mau bg kasut tapi nda jadi sbb dia sudah beli . second mau bagi seluar tapi harga seluar tu RM160 ow.. third mau bagi dia jam antara G Shock atau Baby G -.- tapi mahal sangat la kan . then yang terakhir al-quran : ) orang bilang bagi al-quran lagi bagus sebab dapat pahala : ) alhamdulillah lah kan sebab tak pernah lagi orang bagi al-quran untuk kekasih dia . ramai bagi baju la seluar la kasut la or perfume kunun ROMANTIK , tapi itu terpulang pada diri sendiri ! semua orang ada pendapat masing-2 : ) okay now aku punya turn nak bagi dia present . Agak-2 aku nak bagi dia yang mana satu ? Kalau bajet banyak aku harap aku dapat belikan dia seluar yang dia idam-2 kan sangat . yeahh aku tau aku akan dapat ! even aku tau selalu omong kosong <--- Kata-2 dia pada aku , aku tak kisah atleast aku nak sangat bagi dia seluar tu . kalau tak dapat pun aku mampu bagi dia al-quran atau ntahla ? dalam fikiran aku sekarang nie seluar dan seluar dan seluar . tinggi betul hasrat aku nak belikan dia -.- aku nak bagi dia best ever birthday tapi mampu ka aku ? aku tak kaya mana pun nak buat something yang special bagai di syurga . sesiapa pun inginkan pasangannya itu bahagia . Ohh yeahh ada lagi satu barang tertinggal , aku mau bagi dia jaket : ) hopefully dia suka ! alaa jaket bundle sejaa . huhuhu :D jaket nie untuk ole-2 aku dari lahad datu :) aku akui mmg susah la rasanya nak bagi someone barang time birthday dia . kenapa ka ? apa-2 pun aku harap masa itu akan berjalan dengan lancar : ) aminnn....

KEBINGUNGAN -.-

Tuesday, November 29, 2011

STORY OF US : )

Assalamualaikum !

Haa , semakin hari semakin berganti dan cepat betul masa berlalu ! Dan hari-2 itu juga la yang membuat pelbagai kenangan disetiap waktu : ) waa kenapa pulak aku pandai berkata-2 nie ? Lucu ehh ~ :D hmm tak kisah lerr janji aku nak storie morie kat entry kali nie : ) btw CUTI SEM dah mula yaw ! Time utk balik kampung halaman masing-2 , begitu juga lah aku : ) tapi yang tak best nya cuti 3 weeks jak -.- gantung laa ! tapi okay la tu janji ada cuti daripada takda cuti langsung kan ? btw , sebelum cuti bermula terjadi la satu hari tu dimana aku sama si elmo jalan-2 dan hari tu jugak la kami celebrate besday boy si ewan :D sangat best sebab bagi dia surprise time bawa dia makan dekat UPPERSTAR,SURIA SABAH ! Tengah syok besday boy makan and snap picture tetiba keluar lagu HAPPY BIRTHDAY ! dan pekerja dia yg bawa kek tu :D Lucu nie :p sampai muka dia merah tahan malu ! HAHA ! sorry ewan ! : ) sangat terbaekk la masa tu , happy la ! apa-2 pun hadiah daripada aku sama si elmo DOMOKUN ! patung kesukaan kau kan ? hehe xD puas aku sama si elmo cari tau ! Bagi yang cute-2 punya : ) kawan punya pasal sanggup cari !
Nak tengok gambar-2 kami? baruu sikit . nanti entry lain aku post khas utk semua gambar kami :)

NADA MEKALONIK
(PANCASONA)

NADA MEKALONIK
(PANCASONA)

yaya shalala , nada mekalonik , fyfie fadhly
(julia ismail , pancasona , pencil warna)

yaya shalala , nada mekalonik , fyfie fadhly
(julia ismail , pancasona , pencil warna)

the best of us ! <3 :))

Tuesday, November 22, 2011

Nothing to says :'(

Assalamualaikum , hey blogger : ) lama tak update kan . sorry , saia tengah final exam pulak . huhu :D btw aku tak lupa kau jugak laa just sometimes aku check blog tapi tak update . yeahh..biasa laa salah satu taktau mau tulis apa ? okay sekarang aku ada story utk dikongsi dengan kamu semua : ) SEMUA TENTANG CINTA !


Apa itu CINTA ? Cinta ialah menyatukan dua hati iaitu antara lelaki dan perempuan yang telah jatuh cinta kepada pasangan masing-2.Cinta juga ialah tentang dimana rasa suka dan duka dikongsi sama-2 tak kira apa pun jua.Cinta juga ada pahit dan manis nya macam kopi dan milo yang ada kenangan pahit dan kenangan terindah.Cinta juga adalah dimana kita perlu fahami perasaan orang yang kita cintai.Cinta juga boleh membutakan mata,hati kita jika kita terlalu ikutkan kata hati dan terlalu ego. Tapi itulah lumrah CINTA !


Kenapa malam-2 nie aku post entry pasal cinta ? Okayy aku tau aku dalam kebingungan dan sangat sedih dengan keterpaksaan ditinggalkan oleh org yg aku sayangi sgt-2 :'( Aku tau aku banyak buat hal,buat masalah dengan semua nie.Banyak kesalahan aku terhadap dia,banyak juga aku minta maaf dgn dia tapi maaf aku tu tak kan dapat tebus semua kesalahan aku :'( no wonder dia nak menyesal utk buka pintu hati dia bercinta lagi dan disebabkan itu la aku juga tak dapat bahagiakan dia selalu berikan dia derita. hmm..mau tau dia nie orang nya macam mana ? Dia seorang lelaki yang baik,pandai jaga hati,sangat menjaga aku,sangat sweet dan dia la kekasih hati yang sangat sporting.bertuah sangat siapa yg berada disamping dia. : ) aku saja yang sia-2 kan orang begitu,tidak pandai hargai tapi jujur hati aku sangat mencintai dia. bukan aku sengaja utk melukan hati dia tp apa kan daya kalau itu memang salah aku dan sampai tidak dapat berkata apa-2 lagi :'( Okayy ! now i HATE this feeling right now :'( Huhh ! please throw away :'( maybe memang nie balasan yang patut aku terima sebab aku selalu sakitkan hati dia :'( YAALLAH , tolong la hambamu nie supaya lebih kuat dan tabah menghadapi segala dugaan :'( kenapa disaat aku inginkan dia , dia pergi juga ? aku tak sanggup sakitkan hati dia lagi . kalau lah masa dapat diundurkan lagi , aku namau begini :'( akan aku jaga dia,berikan dia kebahagiaan tapi aku tau semua tu hanyalah sia-2 . tak mungkin akan terjadi ! :'( and it's OVER now ! :'( walau apa pun dia cakap sama akuaku tetap ingin pertahankan hubungan kami tp mungkin dia tidak dapat lagi utk paksa diri dia mencintai aku.tidak apa aku faham. :'( siapa la aku ini kerna aku hanyalah insan biasa yg selalu membuat kesilapan dlm percintaan. :'( aku akui aku memang salah dan tak patut diberi peluang lagi sbb sudah terlalu byk pengorbanan dia . Cukup la sampai hari ini :'( aku tak dapat mencintai lelaki lain lagi sbb pintu hati aku dah tertutup semula utk sekian lamanya. kalau diizinkan aku ingin bersama dgn dia sampai akhir hayat tapi aku tau itu hanyalah tinggal kenangan. thanks for everything my elmo :'(

REALLY MAKE ME DOWN ! :'(
k baii !