Sunday, February 5, 2012

RINDU SAHABAT :')

ASSALAMUALAIKUM

Sebelum mulakan meng-update story dekat blog nie , baca bissimillah dulu la : ) Alhamdulillah sudah masuk bulan kedua pada tahun 2012 ! semua berjalan dengan lancar : ) aminn . Assignment pun makin banyak cuma lecturer ada yang resign sudah :'( sedih ouh ! KAMI RINDUKAN MISS SYLVIA JOE ! okayy sekarang aku nak cerita tentang SAHABAT : ) Sahabat yang ikhlas bersama dengan kita ialah sahabat yang sanggup susah senang bersama-2 tak kira apa pun . Mencari sahabat yang setia sangat lah sukar tapi mencari sahabat yang sangat lupa kawan sangat lah senang . Aku bukan tujukan pada sesiapa tapi aku cuma ingin berkongsi cerita . Kisah ini banyak berlaku dalam kisah hidup seharian kita tanpa kita sedar ! Walaubagaimanapun , memaafkan lebih baik daripada tidak bertegur kan ? : )

Aku mula rindukan kau sahabat tapi aku tertanya-2 apa kau pun merindukan aku juga ? kalau benar kau rindukan aku , alhamdulillah : ) aku sangat bersyukur ! YAALLAH kau maha pengampun lagi maha penyayang , tolong lah hamba mu ini untuk mengeratkan hubungan kami semula yang mulai tidak bertegur :'( hamba mu ini sangat lah tidak menahan tapi apakah hamba mu itu juga mempunyai perasaan yang sama ? Insyaallah dengan izin mu kami bersatu semula :') Aminnn...

My BABY ! i miss you so much ! :') hurm , kalau kau baca post ini aku minta maaf tapi aku betul-2 sayangkan kau ! Aku harap kau faham . 


Saturday, January 7, 2012

FULL OF SADNESS :'(

Assalamualaikum....

Entry kali nie aku mau share dengan korang pasal perasaan sedih aku yang teramat sangat :'(
tarikh 7/1/2012 pada jam 2 petang aku terima mesej daripada beliau lelaki aku yang nenek haji aku di tawau meninggal dunia sudah :'( Masa tu aku dalam class multimedia , aku baca jak text tu tangan aku mengigil , hati aku berdebar dengan lajunya bila dapat tau nenek aku meninggalkan kami semua kerahmatullah sebab sakit tenat. Aku terpaksa tunggu class habs baru aku dapat call keluarga aku yg berada di tawau utk menyiapkan pekebumian allahyarham nenek aku. Done class aku , aku cepat-2 call mak tanya macam mana boleh meninggal ? Then mak aku pun cerita yang memang nazak sudah , last baca yassin utk nenek aku ialah adik aku fazrina yg paling kecil . Mak kata adik namau baca yassin tapi bila mak pujuk baru adik mau baca tapi tak sampai habis pun adik baca yassin allahyarham sudah pun menghembuskan nafas yang terakhirnya. Yaallah , semua menangis tapi adik aku tidak juga berhenti baca yassin. :'( Aku dengar pun terus menangis , air mata jatuh dengan deras tak dpt lagi aku tahan :'( Mak kata kirimkan saja al-fatihah dan baca yassin utk nenek sebab itu jak yg aku mampu lakukan.. Hati aku sedih sangat sebab aku langsung tak jumpa dia , bila mau jumpa ada saja halangan . Ntah kenapa masa cuti sem aku mau betul jumpa dia tapi tak kesampaian. Mungkin ini petanda dia akan pergi selamanya :'( Yaallah semoga eng-KAU rahmati roh nya di atas sana .
Al-Fatihah... Aminn.. :')

Wednesday, January 4, 2012

1.1.2012 : )

ASSALAMUALAIKUM : )

Ceritera 1.1.2012 : ) , tentang apa ? dimana ? Walaupun dah lewat untuk aku bercerita tapi takpa la kan , atleast ada juga story yang aku nak share ! hehehe xD okay entry kali nie pasal celebrate besday boy yang kedua di MCD api-api , kota kinabalu , sabah ! bangas sudah besday dia baru sambut bagi kek ! HAHA ! tapi takpa , janji semua gembira : ) Yang pergi pun dalam 6 orang sejaa iaitu aku , my ELMO , kakak fifi sama boy dia , fifi dan ewan : ) sambut secara sedang-2 saja . Cerita pasal kek , kek yang aku bagi dia ialah kek BLACKFOREST : ) nyum-3 ! sedap ouh ! banyak sangat sampai bawa balik rumah ! hahaha :D aishh , all day spendtime with him ! aww~ rindu eh ! :') btw aku ada serta kan gambar sekali . Boleh tengok dekat bawah nie! I LOVE YOU SO MUCH ! MOHD FIKRI BIN TASSAKA !  <3 : )

First celebrate ! : )

Second celebrate ! : )

Cake Blackforest ! <3

Monday, December 19, 2011

SEMESTER 2 :) BUKU BARU !

Assalamualaikum sekali lagi : )

Hey kali nie entry pasal SEMESTER 2 , BUKU BARU ! hoho ! Semester 1 dah berlalu dan sekarang masa untuk semester kedua sudah :) hehehe . Pada 19/12/2011 hari isnin mula lah semua student takut gara-2 RESULT FINAL EXAM keluar !!! semua pressure woo ! alhamdulillah aku LULUS ! yeyy ! tapi matcam mau menangis ouhh :( then lepas tgk result , giliran utk mendaftar subjek . Sem 2 nie aku amik 6 subjek -.- class dari hari selasa-sabtu ouhh ! tekanan makin menghampiri !!! HAHA ! its okay , aku kena chill kali nie babe ! okay ndapa ! mula buka buku baru :) btw ramai Freshie !! haha handsome-2 chantek-2 : ) cuci-2 mata bha semua :D Lelaki lah semua tinggi-2 , tinggi daripada syafwan ! HAHA ! kalau perempuan kebanyakkan muka macam nerd -.- well masih baru kan memang laa . same like me :D teringat pulak masa time mula-2 masuk MMC SABAH ! lucu nie ! hahaha xD btw buka buku baru untuk semester 2 kali nie ! 

NEW BOOK NEW STORY :)

Sunday, December 18, 2011

Penyesalan :'(

Assalamualaikum para blogger : )

Okay entry kali nie tentang PENYESALAN ! penyesalan kerana aku terlalu melukai hati orang yang aku sayang sampai buat dia kecewa sangat dengan aku :'( semenjak nie hubungan kami tidak macam dulu yang bergelak ketawa dan selalu bercontect tapi sekarang jarang sudah :( semua nya jadi dingin saja ! susah bagi aku kalau tidak dengar suara dia , kalau aku mau tidur mesti mo dengar dia tidur dulu baru aku dapat tidur tapi semua nya tu takda sudah :'( now aku try tutup mata aku sampai aku dapat tidur. sedih la pulak :'( terasa kehilangan sangat ! okay aku banyak lukakan hati dia , teramat sangat dan aku akui aku memang salah :'( lagi berapa hari birthday dia for 23 years old , tapi aku taktau aku mampu buat hari itu hari bahagia sebab dia namau datang gara-2 aku juga yang buat dia kecewa :'( what should i do ? aku mau buktikan pada dia kali nie aku tidak seperti yang dia cakapkan tapi kalau dia namau datang aku tetap dengan keputusan aku yang aku akan teruskan sambut birthday dia walaupun sendiri-2 sampai dia datang ! tak kisah la kalau perkara nie terserlah kebodohan aku tapi ini niat aku yang ikhlas mau sambut. Yaallah kau tolonglah hambamu ini , tabahkan lah hatinya untuk hadapi dugaan ini :'( hmm..kalau dia tak datang? aku tetap tunggu walaupun kena bermalam , tiada kata halangan utk aku tidak teruskan sekali pun aku sakit :'( aku tau selama kami bersama dia tak pernah bahagia dengan aku pun . okay utk kali keduanya aku kena blame lagi ! sangat sakit rasanya dan kecewa teramat ! :'( mlm-2 nie tak dapat tidur sebab rindukan dia sangat so luahkan jak la dekat blog nie. K salam ~

maafkan aku sayang kerana tidak cukup sempurna buat mu :'(

Tuesday, December 6, 2011

What should I do ? :/

assalamualaikum para pembaca : )


Entry kali nie aku nak cerita la kan pasal ulang tahun pujaan hati aku : ) tapi dengan ayat aku yang WHAT SHOULD I DO ? :/ nie lah aku taktau mau buat apa ow ? ntah la susah nie aku mau pikir ? Hmm yang terutama sekali pasal hadiah -.- pening kepala aku mau bagi dia apa ? --' first mau bg kasut tapi nda jadi sbb dia sudah beli . second mau bagi seluar tapi harga seluar tu RM160 ow.. third mau bagi dia jam antara G Shock atau Baby G -.- tapi mahal sangat la kan . then yang terakhir al-quran : ) orang bilang bagi al-quran lagi bagus sebab dapat pahala : ) alhamdulillah lah kan sebab tak pernah lagi orang bagi al-quran untuk kekasih dia . ramai bagi baju la seluar la kasut la or perfume kunun ROMANTIK , tapi itu terpulang pada diri sendiri ! semua orang ada pendapat masing-2 : ) okay now aku punya turn nak bagi dia present . Agak-2 aku nak bagi dia yang mana satu ? Kalau bajet banyak aku harap aku dapat belikan dia seluar yang dia idam-2 kan sangat . yeahh aku tau aku akan dapat ! even aku tau selalu omong kosong <--- Kata-2 dia pada aku , aku tak kisah atleast aku nak sangat bagi dia seluar tu . kalau tak dapat pun aku mampu bagi dia al-quran atau ntahla ? dalam fikiran aku sekarang nie seluar dan seluar dan seluar . tinggi betul hasrat aku nak belikan dia -.- aku nak bagi dia best ever birthday tapi mampu ka aku ? aku tak kaya mana pun nak buat something yang special bagai di syurga . sesiapa pun inginkan pasangannya itu bahagia . Ohh yeahh ada lagi satu barang tertinggal , aku mau bagi dia jaket : ) hopefully dia suka ! alaa jaket bundle sejaa . huhuhu :D jaket nie untuk ole-2 aku dari lahad datu :) aku akui mmg susah la rasanya nak bagi someone barang time birthday dia . kenapa ka ? apa-2 pun aku harap masa itu akan berjalan dengan lancar : ) aminnn....

KEBINGUNGAN -.-

Tuesday, November 29, 2011

STORY OF US : )

Assalamualaikum !

Haa , semakin hari semakin berganti dan cepat betul masa berlalu ! Dan hari-2 itu juga la yang membuat pelbagai kenangan disetiap waktu : ) waa kenapa pulak aku pandai berkata-2 nie ? Lucu ehh ~ :D hmm tak kisah lerr janji aku nak storie morie kat entry kali nie : ) btw CUTI SEM dah mula yaw ! Time utk balik kampung halaman masing-2 , begitu juga lah aku : ) tapi yang tak best nya cuti 3 weeks jak -.- gantung laa ! tapi okay la tu janji ada cuti daripada takda cuti langsung kan ? btw , sebelum cuti bermula terjadi la satu hari tu dimana aku sama si elmo jalan-2 dan hari tu jugak la kami celebrate besday boy si ewan :D sangat best sebab bagi dia surprise time bawa dia makan dekat UPPERSTAR,SURIA SABAH ! Tengah syok besday boy makan and snap picture tetiba keluar lagu HAPPY BIRTHDAY ! dan pekerja dia yg bawa kek tu :D Lucu nie :p sampai muka dia merah tahan malu ! HAHA ! sorry ewan ! : ) sangat terbaekk la masa tu , happy la ! apa-2 pun hadiah daripada aku sama si elmo DOMOKUN ! patung kesukaan kau kan ? hehe xD puas aku sama si elmo cari tau ! Bagi yang cute-2 punya : ) kawan punya pasal sanggup cari !
Nak tengok gambar-2 kami? baruu sikit . nanti entry lain aku post khas utk semua gambar kami :)

NADA MEKALONIK
(PANCASONA)

NADA MEKALONIK
(PANCASONA)

yaya shalala , nada mekalonik , fyfie fadhly
(julia ismail , pancasona , pencil warna)

yaya shalala , nada mekalonik , fyfie fadhly
(julia ismail , pancasona , pencil warna)

the best of us ! <3 :))

Tuesday, November 22, 2011

Nothing to says :'(

Assalamualaikum , hey blogger : ) lama tak update kan . sorry , saia tengah final exam pulak . huhu :D btw aku tak lupa kau jugak laa just sometimes aku check blog tapi tak update . yeahh..biasa laa salah satu taktau mau tulis apa ? okay sekarang aku ada story utk dikongsi dengan kamu semua : ) SEMUA TENTANG CINTA !


Apa itu CINTA ? Cinta ialah menyatukan dua hati iaitu antara lelaki dan perempuan yang telah jatuh cinta kepada pasangan masing-2.Cinta juga ialah tentang dimana rasa suka dan duka dikongsi sama-2 tak kira apa pun jua.Cinta juga ada pahit dan manis nya macam kopi dan milo yang ada kenangan pahit dan kenangan terindah.Cinta juga adalah dimana kita perlu fahami perasaan orang yang kita cintai.Cinta juga boleh membutakan mata,hati kita jika kita terlalu ikutkan kata hati dan terlalu ego. Tapi itulah lumrah CINTA !


Kenapa malam-2 nie aku post entry pasal cinta ? Okayy aku tau aku dalam kebingungan dan sangat sedih dengan keterpaksaan ditinggalkan oleh org yg aku sayangi sgt-2 :'( Aku tau aku banyak buat hal,buat masalah dengan semua nie.Banyak kesalahan aku terhadap dia,banyak juga aku minta maaf dgn dia tapi maaf aku tu tak kan dapat tebus semua kesalahan aku :'( no wonder dia nak menyesal utk buka pintu hati dia bercinta lagi dan disebabkan itu la aku juga tak dapat bahagiakan dia selalu berikan dia derita. hmm..mau tau dia nie orang nya macam mana ? Dia seorang lelaki yang baik,pandai jaga hati,sangat menjaga aku,sangat sweet dan dia la kekasih hati yang sangat sporting.bertuah sangat siapa yg berada disamping dia. : ) aku saja yang sia-2 kan orang begitu,tidak pandai hargai tapi jujur hati aku sangat mencintai dia. bukan aku sengaja utk melukan hati dia tp apa kan daya kalau itu memang salah aku dan sampai tidak dapat berkata apa-2 lagi :'( Okayy ! now i HATE this feeling right now :'( Huhh ! please throw away :'( maybe memang nie balasan yang patut aku terima sebab aku selalu sakitkan hati dia :'( YAALLAH , tolong la hambamu nie supaya lebih kuat dan tabah menghadapi segala dugaan :'( kenapa disaat aku inginkan dia , dia pergi juga ? aku tak sanggup sakitkan hati dia lagi . kalau lah masa dapat diundurkan lagi , aku namau begini :'( akan aku jaga dia,berikan dia kebahagiaan tapi aku tau semua tu hanyalah sia-2 . tak mungkin akan terjadi ! :'( and it's OVER now ! :'( walau apa pun dia cakap sama akuaku tetap ingin pertahankan hubungan kami tp mungkin dia tidak dapat lagi utk paksa diri dia mencintai aku.tidak apa aku faham. :'( siapa la aku ini kerna aku hanyalah insan biasa yg selalu membuat kesilapan dlm percintaan. :'( aku akui aku memang salah dan tak patut diberi peluang lagi sbb sudah terlalu byk pengorbanan dia . Cukup la sampai hari ini :'( aku tak dapat mencintai lelaki lain lagi sbb pintu hati aku dah tertutup semula utk sekian lamanya. kalau diizinkan aku ingin bersama dgn dia sampai akhir hayat tapi aku tau itu hanyalah tinggal kenangan. thanks for everything my elmo :'(

REALLY MAKE ME DOWN ! :'(
k baii !

Saturday, November 12, 2011

My heart my love

hey baby , dah lama tak update blog nie . kesian aku tengok kau . tp takpa sekarang aku mau post byk-2 kalau tgn aku mampu nak menaip panjang-2 , huhuhu :)) btw kali nie entry post aku pasal hati aku yg teramat luka agaknya dan hati orang telah cintai aku disakiti oleh aku : / hmm..al kisahh.....

Selama kami bersama jujur la aku ckp mmg tiap-2 bulan aku selalu buat dia marah,sakit hati sampai dia fed up dgn perempuan :'( okayy mmg salah aku sebab terlalu cuai . fikir tapi bodoh jugak ! <----ayat si dia ! huhuhu
hmm...dia marah aku sampai minta break :'( hati dia tidak lagi untuk aku,dia tak boleh paksa diri dia lagi,dia tai dpt tahan dgn aku lagi :'( okayy mmg aku takut sgt bila dia ungkap kata BREAK :'( aku sayangkan dia sgt-2 dan sdah terlanjur cinta :( aku tau aku sepatutnya tak layak dapatkan cinta dia.. dia tak bahagia dgn aku :( dia owez sakit hati,sedih :( dia cakap dia menyesal beri cinta dia dan dia menyesal bercinta lagi.. Aku tak dapat yakinkan dia.. dia cakap aku hanya omong kosong + selalu bg dia harapan tinggi :( aku cuba berusaha tapi dia bilang nothing to show him that i was try :'( nothing special about me :'( yeahh i know and i realize that i cant be a good lover bcoz my attitude to him :'( yaallah aku cuma dapat kuatkan semangat aku sajaa.. aku rasa dia menangis nie sebab time dia call aku , suara dia macam menangis tp tidak jugak la aku tanya.. bila kau dgr dia menangis , aku lagi tambah menangis sebab aku terlalu sakitkan hati dia sampai buat dia menangis :'( seriously aku macam orang gila yg nda tau mau buat apa sua , sekarang nie apa yg perlu aku buat aku bangkit kembali n yakinkan dia yg aku boleh bahagiakan dia.. hmm :'(

Friday, October 21, 2011

kisah yang tak pasti :(

Hari nie 21/10/2011 - hmm..mau tulis apa arr ? lama sua tia updated blog nie.. mau lepas geram semua di sini boleh ka ya ? HAHA ! mesti la boleh kan sebab ini blog aku so suka hati saia la mau taip apa : ) tapi tu laa penat tgn mau menaip.. :p btw , hati aku sekarang nie rasa takut , tak sedap hati laa tak tau kenapa.. :( sedih pon ada jugak sebab kawan ada problem sama bf dia , eh bf ka ex bf ? hmm nda tau la.. kesian jugak.. aku rindu dorang yang dulu :'( mau stay sama-2 macam dulu tapi apa kan daya.. susah jugak kalau lelaki nie di bawa bincang tapi namau.. owez larikan diri dan buat muka -.- macam mana mau settle.. mau masuk campur pon tak boleh jugak sbb takut salah.. so hanya mampu mendengar luahan hati dan bagi nasihat apa yang patut... makin trauma la kalau broken heart nie.. boleh-2 aku menangis bila tgk gambar durank tyme kami stay sama-2.. kenangan yg tak dpt lupakan.. patut ka bg second chance ? kalau aku pon aku rasa macam tak patut sebab dah lukakan hati kita , senang-2 nak menyesal macam tu jak.. hurm..nie la lelaki.. susah kalau buat keputusan yang terburu-2.. memang buat keputusan tu pasti ada sebab tapi no wonder la kalau tak bagi peluang sebab dah sakit kan hati just say sorry then lets be fall again.. ishh -.- jgn samakan perasaan lelaki sama perasaan perempuan.. hati wanita terlalu kecil dan mudah menangis , tersentuh.. hmm..kalau iya pon tolong la bg penjelasan yang amat memuaskan hati... bukan dengan mendiamkan diri dan cakap TAK PERLU TAHU ! lol -.- apa la tu ? lagi menyakitkan hati jak ~ mau cakap apa-2 pun susah kalau org namau dgr nasihat... sudah dibantu masih lagi begitu... lumrah orang bercinta begini la jadinya.. satu jak mau pesan jangan menyesal dgn keputusan yg dibuat dan pikir la masak-2 duluu.. k baii ! peace (Y)

Sunday, October 9, 2011

Ceritera 08/10/2011 : )

Hey,bermula lagi kisah ceritera kami pada 08/10/2011 : ) its time to celebrate my best ever birthday ! aww ~
Thanks you so much my E L MO <3 ILYSM ! Muahhx ! hehehe :))  sangat best la korang kawan-2 yg join jalan ngan kami :) stay lepak dengan kami ! Firstly ingat mau jumpa my ELMO sajaa sama akai sekali mau jumpa ciwik baru akai laa..  then pada malam sebelum kami jalan kaka tanya aku yg dia mau jalan sekali.. dah kompom semua pastu esok pagi fifi pulak text aku yg dia turun kk jugak : ) sekali jumpa semua la tapi sayang fifi takda pasangan sebab ewan ada kursus.. HAHA ! tapi takpa dia sama kaka solo-2 : ) ingatkan takda lagi kawan lain yang turun , rupanya dorang sepakat ramai-2 jalan turun kk tengok wayang.. tapi aku,my elmo,akai,yaya,kaka dan fifi nda join durank sbb fifi tia bole balik lambat.. so kami pegy karaoke jak laa.. : ) memang syuk ! then lepas karaoke kami stay-2 lagi di waterfront baru sampai malam ! hahaha kilik-2 bha semua : D mengatur ayat jak kerja~ hehehe ! apa-2 pon aku sayang kamu semua laa ! dan satu hari besday aku , aku spend time dgn my elmo <3 sangat sweet tau ! *touching sekejup :p* k la nda tau mau tulis apa sudah ? K BAII ! : )) tapi sebelum tu ni gambar-2 kami ! terbaek wokk ~


candid : )

Belum ready...

semua SENYUM ! :)

errrkkkk... : D

ngeee : D

aiseyy , karaoke maree...

fifi dan kaka ^^

hehehe : D tak perlu kata apa-2

stay di waterfront : )

yeahh..inilah kami : )

kami berdua :)

ini pasangan double sweet wokk ~

Thursday, October 6, 2011

THANKS GUYS ! muahh xD

Okay , hari nie aku cukup lega sangat-2 sebab apa ? sebab suda share problem sama kawan-2 tadi ! OMA ! buat first tyme nya tahun nie aku kasitau durank psl problem aku.. mmg sedih sangat sampai ada yang menangis luahkan perasaan.. memang best laa ! lain hari mau buat macam ini lagi :') apa yang terpendam dalam hati semua suda kasi keluar ! ouhh , aku minta maaf kat kamu kalau aku ada buat salah : ) n the true is aku sayang kamu semua ! muahhx ! hehehe k baii ! : )

Wednesday, October 5, 2011

S E D I H :')




sedih la dengar lagu nie.. hmm.. nda lama lagi birthday saia tapi hati rasa sedihh jak ow.. aku rindu la kawan-2 aku.. even tak pernah sambut ponn biasa nya dorang baling telur + tepung kat kepala aku : ( tapi semua tu teda sua.. so sad ! hmm...seriusly i miss you guys so fucking damn much !!! semakin dekat besday aku semakin sedih nie.. bila mau tidur jak mesti ingat kamu semua.. korang ingat aku tak ? huhuhu.. biasa la dapat kawan baru jangan lupa kawan yang lama... k baii xD

P E N A T lah !

sangat penat buat assignment OA ! huhh..semalam dr petang sampai tengah malam temankan fifi buat assignment individual dia.. then sambung pagi tadi sampai sekarang baru siap.. LOL ==' penat gilak eh ~ hmm..penat-2 ponn apa bole buat kalau HARUS & WAJIB hantar sudah : ) kalau tia hantar matai kena la teda markah ow ~ HAHA ! :D sudah siap baru lega hati dan sekarang mau main game kasi lepas tekanan ! OH MY ALLAH , kenapa game ? sebab itu memang kesukaan aku ! tapi kalau kalah memang buat tambah tekanan ! hahaha :D kalau menang memey ar puas hati : ) bhaa , k lah penat sua aku menaip nie.. kbaii ! love you my elmo <3 muahhx ! ~.~

Saturday, October 1, 2011

Assalamualaikum semua !

1.10.2011-Ceritera kami semula dgn Fifiey Meyer yg brmooda moody tetiba smile semula bila bawa minum d waterfront sama Ewan Luffy thanks sebab hantar balik gara-2 teda bas ==' untuk si PoDkeyz Kai yg baru jalan solo-2 nnt kau dapat juga tu bebeh : ) kau Nada Mekalonik thanks jugak sebab sua belanja kami ♥ aww~ tapi sayang kami rindu jalan sama-2 kau KaKa Thelemonpie :') 

Punya la syuk jalan dengan dorang , firstly bangun-2 tidur jak aunty tanya nak turun kk tak ? aku pon jawab la jum laa.. then my boyfiee call durank jadi turun kk so sekali meet laa : ) dah sampai kk aunty p beli tiket wayang cita BINI-BINIKU GENGSTER ! wayang tu start jam 5.05 petang so ada masa lagi aku jalan-2 dgn my <3 sama kawan-2 lain then tiba masa wyg tu start dah tapi aku jadi dua hati = = ' sebab aku nak ikut durank jalan pada masa yg sama aunty tunggu aku kat cinema.. tapi kalau aku ikut p tgk wyg ntah bila lagi aku nak jumpa si dia kan :') kalau aku ikut si dia pulak nnt aunty cari aku pulak.. haa last-2 aku korban tiket wayang tu semata-2 mau habiskan masa aku utk dia jak.. yalaa..bukan selalu dapat jumpa.. walaupon kami jalan tak seindah biasa dan terasa gantung apa boleh buat kalau masa tak mengizinkan.. mau nda mau kena lepaskan.. hmm.. :'( aku macam nda mau lepaskan dia nie bila dia suda hantar saia balik rumah.. biasa bilang rindu kunun :p hehehe :D ndapa laa.. lain hari kalau ada masa lagi kami mau jumpa ! OMA ! sangat rindu kau my elmo !! ngee , kbaii :) aww~

Monday, August 22, 2011

My Love Story

Indah nya dunia bila kita mempunyai pasangan hidup dalam hidup kita kan ? :) syukur alhamdulillah aku pun menpunyai pasangan hidup aku yang aku rasa dia la yang terakhir bagi ku.. Cukup dia seorang saja dalam hati aku yang temani aku tak kira suka dan duka.. Firstly , aku rasa lawak pulak sebab tetiba nie kami couple.. OMA !! hahaha :D kami berkenalan dari laman muka buka saja ( F A C E B O OK ) ! aku anggap dia biasa-2 saja sebab kenal dalam facebook jak kan so normal la kawan-2 :) makin lama aku kenal dia , aku rasa senang , selesa dengan dia , aku sanggup online awal pagi gara-2 nak says MORNING untuk dia jak.. hahaha :D kalau aku tak chat dengan dia satu hari aku rasa kurang selesa macam hidup aku tak lengkap.. okayy aku dah mula rasa lain bila dah macam tu la kan.. tapi aku anggap takda pa-2 then aku always tagged nama dia setiap hari so start dari situ la aku mula fall in love with him <3 aww ~ hahaha :p tarikh yang penting dalam hidup aku tahun 2011 nie pada 28/7/2011 pada jam 2.34 pagi rasmi nya kami sudah bersama :) wow agak lama jugak aku pendam perasaan nie terhadap dia akhirnya dia jadi MILIK aku ! ops ! hehehe.. Bagi aku dia sangat istimewa dalam hidup aku , dia seorang yang suka buat lawak , suka senyum tapi dalam diam begitu juga dia seorang yang penyayang dan take in seriously about our relationship even dia suka main-2 jugak tapi aku tahu suatu hari nanti keputusan aku pilih dia betul dan tak menyesal..

Ramai yang cakap aku untung la dapat boyfie yang sayang aku , cinta aku dan memang aku katakan iya aku untung sangat dapat dia ! :) entah kenapa aku trust dia sangat-2 , maybe aku rasa dia tak macam ex-buayafriend aku la kan yang cuma ingin mengambil kesempatan terhadap diri aku.. aku harap aku jumpa pujaan hati aku yang sekarang nie boleh menjaga aku sampai bila-2.. insyaallah kalau ada jodoh , aminnn !

Monday, May 2, 2011

Semporna aww (:


Dekat Floating Semporna,Sabah


Dekat Semporna Holiday Resort,Sabah 

Thx to Abang sepupu coz bawa kami jalan-2 kat semporna.. memang best la.. lain kali jalan lagi yee.. hehee (:
Kepada korang nak bercuti kat semporna,sabah.. pergi la dua tempat nie okayy.. tak rugi korang datang.. :D

Tuesday, April 26, 2011

Grrrr !! =.=

assalamualaikum

Aku nak cte la en pasal blog aku macam bangang nie ! penat aku update sana sini then hilang lak code-2 yang penting ! SUMPAH aku dah maki-2 blog nie tapi maki pon aku gak salah.. kabut sangat.. hmm.. :'( byk yang hilang doe.. geram laa !!!!! huhuhu... APEPUNTAKBOLEH ! malas dah aku nak update bagi lawa.. ngokngek tol la blogger nie ! =.=

Wednesday, March 16, 2011

Holiday (:

melepak di borneo paradise (:

menaiki bot (:
 
 bermandi manda di lamak , silam (:
 
 si comot tengah makan (:

melihat suasana yang indah di laut (:

Itu jelaa yang aku nak kongsi dengan korang (: malas nak letak gambar banyak2.. bukan korang larat nak tengok kan.. hahaha :D penat jugak jalan2 nie.. lenguh satu badan tapi tapi takpe yang penting enjoy wokk (:

Tuesday, March 15, 2011

this story make me cry :'(

Pada mula nya aku ingat story nie tak besh sebab kisah tentang LOVED ! aku rasa cerita nie mcm ntah pape jea.. yee..aku tahu filem nie da lama and aku tau jugak aku ketinggalan yang dah berabad kan kan ? hahaha :D tapi ADE AKU KISAH?? sambung pada cerita nie okay , hurm..baru hari nie aku tengok filem nie kat youtube lah semestinya.. lau nak beli cd dia memang tak mungkin sebab aku nie pemalas sikit bab2 nak cari. mencari nie.. hehehe :D first aku tgk biasa jelah tak de lah tahap nak emo da en.. bila part dowang dah jadi PASANGAN ROMANTIK la katakan.. perghh..sumpah doe aku dah mula tahap JIWANG KARAT bhai.. hahahaa :D mula lah aku berEMO dengan air mata yang bergenang dan tak sabar nak menitis , mengalir dan akhir nya jatuh juga ke pipi.. huhuhu... aku tatao nape tetiba lak dengan perasaan aku yang sebak gelaa sampai teringatkan seseorang yang telah aku cintai dan sayangi , terkenangkan memory yang indah ( jiwang? ye ! aku tahu ) hahaha :D nak tahu sape?? private lah nak tau gak ? tak payah la.. hehee...
Isshh..byk plak aku membebel nie.. sampai otak aku da buntu.. okay la.. lain hari lagi aku story morie..
assalamualaikum....